Friday, February 27, 2009

sajak

(!_!) sajak keciwa..sedih..penin.. (!_!)

dh sekali bulan purnama
dh tukar kerajaan pn kt perak
dh 8 episod raja lawak
dh start balik champion league
dh nk start balik AF
dh abes beras kecik aku masak
dh beranak pn bini faizul
dh nak kawin pn kak in
dh nk kuar pn BLM aku
dh byk wat loan dgn FAMA
tp..tp..tp..

dari minggu ke minggu
dari jumaat ke selasa
dari selasa ke jumaat balik

tp..tp..aku..

masih x dapat gaji lg..waaaaaaa..
dh nk msk 2 bln..seksa....
arghhhhhh


Monday, February 23, 2009

KUNCI

Antara kata bidalan, kata motivasi dan nasihat yang menggunakan kata KUNCI
:: Berfikiran positif adalah KUNCI kepada kejayaan hidup.Dengan berfikiran positif kita dapat menjalani kehidupan tanpa dibebani seribu pemikiran buruk dan terhindar dari perasaan takut serta gagal ::
:: Target, usaha dan tawakal adalah KUNCI kejayaan pelajar cemerlang ::
:: Kerja kuat dan pengalaman diri adalah KUNCI kejayaan cemerlang ::
:: Sabar merupakan KUNCI penting menuju kejayaan & keredhaan Ilahi ::
:: Ketenangan hati adalah KUNCI kecemerlangan insan ::
:: Kepercayaan & kejujuran adalah KUNCI penting dalam perhubungan ::
:: Cinta adalah KUNCI dalam tiap-tiap keadaan yang baik dalam kehidupan manusia ::
:: Doa isteri adalah KUNCI kejayaan suami ::
:: Buku adalah KUNCI kepada khazanah kebijaksaan ::
Sebenarnya pagi ini,kunci telah menkelam-kabutkan aku..
Bangun pagi dpt sms dari kak intan,die xdtg keje EL arinie,selain die aku je yg ada kunci ofis,so kena la pegi awl buka pintu ofis(baru je plan nak gi ofis lambat hari nie.hehe)..Punye la laju bersiap hari ni,alih-alih nak kuar rumah,cari kunci pintu rumah hilang pulak..Mne la bdk2 rmh ni letak..xleh nk buka pintu,dh la lmbat ni..mencari aku dgn sorang tetamu yg xdijemput kt rmh aku tu..last2 give up xjumpa gak,terpaksa call en afan yg dh kt ofis dtg buka pintu..sepantas moto nouvu nye die sampai(sronok tu leh nular keje)..akhirnye sampai gak ofis kul 9.20..mmber ofis smua tercegat kt luar..nk wat cmne kn..

Monday, February 16, 2009

AS TIPU DUNIA MENDARAT DI BULAN??


Ini yg aku baca dalam kosmo pagi td..katanya peristiwa angkasawan AS, Neil Armstrong mendarat di bulan pada tahun 1969 itu hanya lakonan & diadakan dlm sebuah studio..dari dulu lg duk dgr khabar ni tp xde kepastian..kalo btol la dorang tipu,sia-sia la dulu aku blaja sains darjah 4 psl benda ni..haha..
Antara bukti yg mengukuhkan dakwaan ini :-
Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini. (teknologi xhebat,xkn leh sampai bulan)
Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.(patutnye dorang 10 kali sesat baru leh sampai bulan ni..)
bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk bendera AS di belakangnya.(guna kamera anti silau kot)
tiada satu bintang pun kelihatan pada setiap gambar manakala ruang angkasa lepas didapati hitam tanpa sebarang sebarang sinaran bintang(tgk gambar diatas)
permukaan bulan berdebu menyebabkan tapak kaki angkasawan-angkasawan itu jelas kelihatan dan memang terdapat kesan tapak kaki pada gambar itu.Namun, kenderaan bulan di belakang mereka yang memiliki berat 10 tan tidak meninggalkan sebarang kesan tayar.
Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu, kenderaan bulan dan pelbagai jenis batu di permukaan di situ semua menunjuk pada arah yang sama.(tgk gambar diatas)
Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan.Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung.(mamat tu terasa kot,sbb tu marah)
Pe2 pun xtau bnda ni sahih ke x..tapi kalo betol,ini satu penipuan terbesar dalam sejarah dunia, mmg memalukan AS..xkisah la dorang,kita boikot je brg dorang(tiba2 lak.hehe).Mari kita sama2 berdoa agar lahir seorang angkasawan malaysia @ muslim yang berjaya betul2 ke bulan dgn teknologi kita sendiri,dgn roket kita sendiri.
barulah martabat umat kita tinggi..
k..salam..

Friday, February 13, 2009

PAKU DI HATI MU


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku."Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

kepada semua..be cool..tension keje ke..tension blaja ke..jgn duk marah2 lepas perasaan dengan memarahi org di sekeliling kita lak k..


gawat!!..gawat!!..

assalamualaikum..
cm yg kita tau la..skrg musim kegawatan ekonomi..2009 ni penuh dugaan dgn keadaan kegawatan ini..dan ni dikatakan kegawatan ekonomi yg paling trok kalo ikutkan sejarah dunia..thn 77..thn 85..thn 2003..kegawatan berlaku..tp ketika itu kegawatan berpunca dari asia..leh cover lg..tp 2008/2009 ia berpunca dari US..Eropah..berpunca dari kuasa besar..kalo dulu kita dh rasa teruk..yg ni pikir sendiri la..

kita leh tgk dh brape byk company besar sluruh dunia yg tumbang ..kilang2 yg tutup..company2 yg gulung tikar..yg jadi mangsa pekerja la..aku semalam de gi dgr talk..speaker tu ckp..di malaysia,thn 2009..kemungkinan 500 000 org kehilangan kerja..perghh..ramai tu..
di singapura,500 000 jgk diberhentikan kerja & 300 000 drnya ialah rakyat malaysia yg kerja kt sana..total 800 000 org mengangur & mencari kerja..

ssh nye nk cari kerja gini..tu belum tambah lagi..graduan U yg kuar nk cari keje gak lbh kurang 200 000 org..pastu pelajar lepasan SPM&STPM lbh kurang 500 000 org lg..IPTA & IPTS juz mampu menampung 200 000 org je,so baki 300 000 org lagi mencari keje gak...
skrg dh berapa total org yg cari keje tahun 2009 ni..lebih 1 juta org....ramai tu!!...

boleh bayangkan x kesukaran nk cari keje tu thn ini..so sudah bersediakah kita nk hadapi semua ni.. kpd yg bekerja tu kerja la elok2..syg bos anda..syg comp anda..jgn cpt melatah nk benti sbb ssh nk cari keje skrg..

pada aku..aku dh wat backup..keje adalah plan A aku..skrg aku aktifkan plan B aku iaitu venture bizness..skrg biz pe yg modal kecil,income besar??xde benda ln dh..MLM..xkisah la pe org kata psl MLM ni..pada aku ni peluang,kalo kita nmpak die punye potensi,kita grab je..

sebenarnye aku duk sembang pasal gawat ni...sebab aku xdpt gaji lg!!!..company aku pn dilanda kegawatan!!...dh dkt 15hb xde byang gaji pn lg..agak terkial-kial aku hidup skrg ni..trok btol la!!..tp xpe sabar2...hehe..
k la...chow...

Thursday, February 12, 2009

WEBUCATION



WEBUCATION
Gabungan drpd web+education..
satu fenomena yang bakal meletup 2010 di Malaysia dan telah berkembang di Eropah sekitar 2006 dimana sistem pendidikan di teknologikan dan kaedah belajar baru iaitu melalui internet,e-learning akan dipraktikkan selaras dengan pembangunan ICT masa kini.Sistem belajar ini semestinya lebih efektif dan berkesan kerana dengan teknologi segala kelemahan dan kekurangan pada pembelajaran secara konversional dapat diperbaikkan.Secara tidak lansung,Webucation bakal menjadi keperluan dan kemestian pada setiap masyarakat dan ini merupakan prospek perniagaan yang baru dan berpontensi besar...

itulah karangan drpd saya dgn2 ayat2 yg skema.hehe..
so,aku de biz yg berasaskan webucation ni..nk crita kt cnie mmg panjang..
sunrise bizness,biz baru..potensi die besar..kalo nk thu conatact la no ni..017-9722831

webucation di malaysia ni msh baru..
1st in malaysia,1 company,kenshido international sdn bhd,telah menperkenalkan satu portal pendidikan yg di panggil score A programme..portal ini adalah kaedah output learning secara latih tubi di dalam internet dimana memudahkan pembelajaran pelajar dan mampu menarik minat belajar pelajar..bdk2 skrg kn mmg obses ngan computer ni..pe yg menarik score A ini ada ciri2 istimewa yg tiada pada buku latihan bila stdent tu wat latih tubi..

PELUANG PELAJAR SCORE A
Pembelajaran berkesan untuk mendapat ‘straight A’
•Di iktiraf Kementerian Pelajaran Malaysia dan Sokongan penuh dari Kaedah pembelajaran berkesan masa kini!!
•Pembelajaran secara on-line, murah, berkesan & interaktif
•Membantu para pelajar bersedia menghadapi peperiksaan secara efektif dan mencapai kecemerlangan ‘A’
•100% mengikut sukatan pelajaran Malaysia masa kini
•100% pembelajaran output yang menarik minat pelajar
•Latih tubi yang interaktif & terbukti berkesan
•Mengandungi lebih 200,000 bank soalan & sentiasa dikemaskini
•Keputusan setiap game/latihan/peperiksaan terus ke telefon bimbit anda (SMS report card)
•Mendapat pengiktirafan daripada PIBGN

PELENGKAP PENUH KEPADA SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA!!!

so kalo nk review skit portal ni leh klik link ni. http://www.scorea.com/
n try die nye demo..password 82828

sekian...

Assalamualaikum..

hai..1st time aku de blog ni,saje cuba2 wat,jelez tgk mmber2 dh ramai wat blog,so try jela,edit blog main hemtam je.. nmpak title blog dlm bahasa negeri aku,kelate(saje wat gimik)..tp aku tulis dlm bahasa ibunda la..takut de org xfhm lak.hehe..aku mix la ok gak.
nama penuh mohd syukran nazirin bin mohamad sakri
@ syuk @ zirin @ abe @ korn
pekerja di syarikat kontraktor
bekas student UTM

wokeh..stakat ini dulu..chow