Monday, February 16, 2009

AS TIPU DUNIA MENDARAT DI BULAN??


Ini yg aku baca dalam kosmo pagi td..katanya peristiwa angkasawan AS, Neil Armstrong mendarat di bulan pada tahun 1969 itu hanya lakonan & diadakan dlm sebuah studio..dari dulu lg duk dgr khabar ni tp xde kepastian..kalo btol la dorang tipu,sia-sia la dulu aku blaja sains darjah 4 psl benda ni..haha..
Antara bukti yg mengukuhkan dakwaan ini :-
Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini. (teknologi xhebat,xkn leh sampai bulan)
Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.(patutnye dorang 10 kali sesat baru leh sampai bulan ni..)
bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk bendera AS di belakangnya.(guna kamera anti silau kot)
tiada satu bintang pun kelihatan pada setiap gambar manakala ruang angkasa lepas didapati hitam tanpa sebarang sebarang sinaran bintang(tgk gambar diatas)
permukaan bulan berdebu menyebabkan tapak kaki angkasawan-angkasawan itu jelas kelihatan dan memang terdapat kesan tapak kaki pada gambar itu.Namun, kenderaan bulan di belakang mereka yang memiliki berat 10 tan tidak meninggalkan sebarang kesan tayar.
Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu, kenderaan bulan dan pelbagai jenis batu di permukaan di situ semua menunjuk pada arah yang sama.(tgk gambar diatas)
Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan.Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung.(mamat tu terasa kot,sbb tu marah)
Pe2 pun xtau bnda ni sahih ke x..tapi kalo betol,ini satu penipuan terbesar dalam sejarah dunia, mmg memalukan AS..xkisah la dorang,kita boikot je brg dorang(tiba2 lak.hehe).Mari kita sama2 berdoa agar lahir seorang angkasawan malaysia @ muslim yang berjaya betul2 ke bulan dgn teknologi kita sendiri,dgn roket kita sendiri.
barulah martabat umat kita tinggi..
k..salam..

No comments:

Post a Comment